Pada satu hari seorang
pelanggan datang ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan
merapikan janggutnya. Si tukang gunting pun mula menggunting rambut
pelanggannya dan bermulalah perbualan di antara mereka. Mereka
membicarakan banyak perkara dan pelbagai topik perbualan sehingga pada suatu
ketika, topik perbualan beralih tentang Tuhan.
Si tukang gunting
berkata,”Saya tidak percaya Tuhan itu ada”.
“Kenapa kamu berkata
begitu ???” Balas si pelanggan.
“Begini, cuba kamu
perhatikan di depan sana, apa yang terjadi di luar itu menunjukkan bahawa
Tuhan itu tidak ada? Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada, mengapa ada
orang sakit??, mengapa ada anak terlantar di hospital??"
"Jika Tuhan ada, pastiah tidak akan ada orang sakit ataupun berada dalam kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.”
"Jika Tuhan ada, pastiah tidak akan ada orang sakit ataupun berada dalam kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.”
Si pelanggan terdiam untuk
berfikir sejenak, tetapi tidak membalas kata-kata si tukang gunting itu kerana
dia tidak ingin memulakan perdebatan.Si tukang gunting pun menyelesaikan
pekerjaannya dan si pelanggan pun pergi meninggalkan tempat gunting rambut
itu.
Beberapa saat
setelah si pelanggan meninggalkan ruangan itu, dia melihat terdapat
seseorang di jalanan dengan rambut yang panjang, kusut, kotor dan jambang
yang tidak dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan tidak terurus.
Si pelanggan balik ke
tempat tukang gunting dan berkata,” Kamu tahu, sebenarnya
"TIDAK ADA TUKANG GUNTING.”
Si tukang gunting tidak
terima,”Mengapa kamu berkata begitu ??”.
“Saya ada di sini dan saya
adalah tukang gunting. Baru sahaja saya menggunting
rambut kamu!”
“Tidak!” Balas si
pelanggan menafikan.
“Tukang gunting itu tidak
ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang,
kusut dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana,”
Si pelanggan
menguatkan hujahnya.
“Ah!Tidak, tukang
gunting itu tetap ada!” Balas si tukang gunting.
”Apa yang kamu lihat
itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang kepada
saya”, jawab si tukang gunting membela diri.
“Haaa...memang sesuai!”
kata si pelanggan tanda setuju dengan kata-kata si tukang gunting
itu.” Itulah point utama-nya!
cerita yang menarik dan memberi pengajaran ^-^
ReplyDelete