Sunday, October 14, 2012

Kisah Si Penggunting Rambut

 
Pada satu hari seorang pelanggan datang ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan merapikan janggutnya. Si tukang gunting pun mula menggunting rambut pelanggannya dan bermulalah perbualan di antara mereka.  Mereka membicarakan banyak perkara dan pelbagai topik perbualan sehingga pada suatu ketika, topik perbualan beralih tentang Tuhan.

Si tukang gunting berkata,”Saya tidak percaya Tuhan itu ada”.
“Kenapa kamu berkata begitu ???” Balas si pelanggan.
“Begini, cuba kamu perhatikan di depan sana, apa yang terjadi di luar itu  menunjukkan bahawa Tuhan itu tidak ada? Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada,  mengapa ada orang sakit??, mengapa ada anak terlantar di hospital??"

 "Jika Tuhan ada, pastiah tidak akan ada orang sakit ataupun berada dalam  kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Tuhan Yang Maha Penyayang  akan membiarkan ini semua terjadi.”
 
Si pelanggan terdiam untuk berfikir sejenak, tetapi tidak membalas kata-kata si tukang gunting itu kerana dia tidak ingin memulakan perdebatan.Si tukang gunting pun menyelesaikan pekerjaannya dan si pelanggan pun pergi meninggalkan tempat gunting rambut itu. 

 Beberapa saat setelah si pelanggan meninggalkan ruangan itu, dia melihat   terdapat seseorang di jalanan dengan rambut yang panjang, kusut, kotor dan  jambang yang tidak dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan tidak terurus.
 
Si pelanggan balik ke tempat tukang gunting dan berkata,” Kamu tahu,  sebenarnya  "TIDAK ADA TUKANG GUNTING.”
Si tukang gunting tidak terima,”Mengapa kamu berkata begitu ??”.
“Saya ada di sini dan saya adalah tukang gunting. Baru sahaja saya   menggunting   rambut kamu!”
 “Tidak!” Balas si pelanggan menafikan.
“Tukang gunting itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan  rambut panjang, kusut dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana,”  
 Si pelanggan menguatkan hujahnya.
 “Ah!Tidak, tukang gunting itu tetap ada!” Balas si tukang gunting.
 ”Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak  datang kepada saya”, jawab si tukang gunting membela diri.
“Haaa...memang sesuai!” kata si pelanggan tanda setuju dengan kata-kata si   tukang gunting itu.” Itulah point utama-nya!

1 comment: